Alhamdulillah wa tabarakallah, program Bantuan Persekolahan 2019 anjuran YAMCP diteruskan lagi. Kali ini seramai 20 orang pelajar yang terpilih dari Dun Sungai Lembing diraikan dalam program tersebut.
Kami telah membawa pelajar-pelajar ini ke sebuah pusat membeli-belah dan mereka memilih sendiri apa yang mahu dibeli. Dana bagi program bantuan ini semestinya hasil sumbangan orang ramai, manakala YAMCP hanyalah menguruskan bagi memudahkan pelaksanaan agihan bantuan ini.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan dengan lafaz jazakallah khairan jaza' kepada semua dermawan yang telah menyumbang. Moga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran kepada mereka semua.
Insya-Allah, dalam masa terdekat ini beberapa program B2S 2019 akan diteruskan lagi di beberapa lokasi terpilih.
poster B2S 2019