PT3: 98 Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki Dapat Keputusan 11A


KOTA BHARU: Maahad Muhammadi Lelaki mencatatkan kejayaan cemerlang apabila 98 mendapat 11A pada peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).


Pengetuanya Ustaz Kamarjan Abdul Rahman berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 52.41 peratus dibandingkan tahun lalu 26.91 peratus.

Katanya, seramai 187 pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut tahun ini.

“Selain itu seramai 24 pelajar mendapat keputusan 10A, 9A (21 orang), 8A (13 orang), 7A (14 orang), 6A (12 orang), 5A (dua) dan 4A (tiga),” katanya di sini.

Menurut beliau pencapaian tersebut hasil kerjasama guru, ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) selain kesedaran pelajar untuk mencapai kejayaan cemerlangan.


Manakala di Maahad Muhammadi Pasir Pekan Tumpat seramai lima pelajar memperolehi 11A, 10A (14 orang) dan 9A (13 orang), 8A (20 orang), 6A (23 orang) dan 5A (31 orang).

Pengetuanya Pahruddin Karimi Mohamed berkata, dengan pencapaian itu maahad berkenaan memperolehi gred purata 1.84 berbanding 1.92 tahun lepas.

“Sekolah berkenaan mencipta sejarah apabila memperolehi keputusan 100 peratus tahun ini,” katanya. – HARAKAHDAILY

Subscribe to receive free email updates: